“Astaghfirullahalazim~”

Terkeluar kalimah istighfar dari mulut Abang Faizi. Saya sendiri pun pada mulanya terkejut kerana ada yang menjawab WANITA sebagai matlamat utama mereka untuk bekerja. Akan tetapi, apabila difikirkan kembali sebenarnya mereka yang menjawab WANITA ini mungkin sekali bermaksud mereka bekerja kerana mahu mengumpulkan duit bagi menyunting ‘bunga di taman’.

***

” Adakah anda merasa bahagia?”

Itulah yang seringkali Pak Rasyid tanyakan. Kebahagian itu mampu menyebabkan kita senyum sendiri, tapi ini bukan bermakna kita gila. Orang yang mabuk cinta halal menemui kebahagian. Budak-budak kecil diberi hadiah merasa bahagia. Kebahagian itu akan menjadi seindah-indahnya apabila kita dapat mencintai Allah dengan sepenuhhhh hati.

***

Allah merahsiakan 3 perkara dari kita iaitu : JODOH,REZEKI dan MAUT. Alhamdulillah, pada malam Jumaat yang mulia Allah berikan saya rezeki-Nya. Saya terasa bahagia sekali. Tidak disangka-sangka akhirnya saya bertemu jodoh dengan SEMINAR ESQ! Terima kasih kepada hamba Allah yang berhati mulia itu.

Kegembiraan yang saya rasai sepanjang saya menghadiri seminar tersebut tidak mampu untuk saya nukilkan di sini. Apa yang mampu saya katakan saya bahagia sekali. I met lots of wonderful people such as Pak Rasyid the trainer, Abang Faizi the first Malaysian ESQ trainer, Aunty Lili the humble woman, Faihah the youngest, Aunty Siti Hajar the cute engineer, Aleef an eight years old kid and there were lots of them that I cannot write their names here.Yesterday, I had officially became part of ESQ family!

Terima kasih ya Allah untuk segala-galanya~

Salam.

Ini ialah kisah happy-ending. Lebih indah dari cerita Disney yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah. Dan, hampir semua ceritanya mudah dijangka pengakhirannya ataupun predictable.

Tetapi kisah yang mahu saya bawakan ini, pengakhirannya baru diketahui sedang permulaannya sepuluh tahun yang lampau. Tidak dapat dijangka pada sepuluh tahun yang lepas apa pengakhirannya. Walaupun ini kisah seorang sahabat, saya catatkan di sini agar kita sama-sama mendapat ibrah/pengajaran, insya Allah.

Kisahnnya begini, Kak Hana (bukan nama sebenar) mempunyai seorang rakan sebilik iaitu A ( bukan nama sebenar ) yang bukan beragama Islam. Hampir setiap hari Kak Hana membaca Al-Qurannya di bilik dengan suara yang rendah.

Entah kenapa, pada satu hari ini, semasa Kak Hana membaca Al-Quran si A pun datang dan berkata

” Hana, boleh tolong kecilkan sikit suara. Saya terganggulah.”

Yang menghairankan Kak Hana, suaranya tidaklah sekuat mana. Rendah dan halus. Macam mana si A masih rasa terganggu?

Sepuluh tahun telah berlalu, masing-masing membawa haluan sendiri. Ditakdirkan oleh Allah, bertemulah mereka berdua sekali lagi. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Lebih mengejutkan Kak Hana, A yang dulunya mengadu rasa terganggu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran telahpun bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah! Kini menurut Kak Hana,A seorang daie yang aktif dalam menyebarkan dakwah Islamiyah.

Subhanallah. Segala puji bagi Allah yang menentukan pengakhiran (sementara) yang baik buat A (Insya Allah pengakhiran yang sebenarnya pun akan baik).Dakwah Kak Hana dengan membacakan Al-Quran di biliknya berhasil walaupun ianya mengambil masa yang lama. Mungkin semasa A mendengar Al-Quran dialunkan, hatinya resah kerana sudah ada tarikannya kepada Islam di situ pada masa itu. Tetapi dia menafikannya. Hingga sampai satu ketika, Allah bukakan hati-Nya untuk menerima Islam. Alhamdulillah.

Mungkin ada yang berkata Kak Hana bukanlah satu-satunya yang cuba berdakwah kepada A sehingga dia akhirnya menemui sinar Islam. Ya, memang tidak dinafikan, ada juga hamba-hamba Allah yang lain menjadi tangga hidayah untuk A menemui Islam. Akan tetapi, apa yang mahu saya tekankan di sini ialah sekecil-kecil usaha kita insya Allah akan ada hasilnya jika kita benar-benar ikhlas walaupun kejayaannya belum pasti akan kunjung tiba. Kejayaan selepas kita berusaha itu urusan Allah. Selepas kita berusaha tanpa jemu, berdoa dan bertawakkallah.

*Semua yang ditulis ini adalah pesanan buat diri yang lemah ini terutamanya. Jika ada kesilapan mohon teguran dari anda semua. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. Hayya bil jihad~

” Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari” (Hadis riwayat At-Tabrani)

Salam.

Tiba-tiba saya terkenang dengan sajak The Road Not Taken karya Robert Frost. Maklumlah, sejak beberapa bulan lepas saya berada dalam dilema. Memilih simpang yang mana satu untuk dituju. Khalifah-Nya yang mana satu benar-benar sesuai untuk diri saya? Pelbagai soalan menghentam. Pening.

Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveller long I stood

And looked down as far as I could

To where it bent in the undergrowth;

Ya, saya hanya boleh memilih satu kerana saya hanya satu. Jadi, selepas bercakap dengan Kak Hamas (yang amaaat dirindui T.T) dia pun menasihatkan saya untuk memohon petunjuknya dengan selalu berdoa dan memohon kepada-Nya memberi petunjuk. Alhamdulillah, selepas itu, ramai saudara mara dan sahabat-sahabat mula menyebut tentang UNIMAS. Macam-macam tentang UNIMAS. Amat ramai yang mahukan saya di sana. Lagipun, di Sarawak sendiri kurang tenaga untuk menggerakkan Islam. Dan, saya sudah nekad mahu meletakkan UNIMAS (Perubatan) sebagai pilihan pertama. UKM (Radioterapi) di pilihan yang kedua. Semoga Allah permudahkan untuk saya mendapatkan tempat di UNIMAS. Doa-doakanlah ya sahabat-sahabat. (^_^)v

Salam.

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya kerana mengizinkan hamba-Nya yang hina ini masih mampu hidup untuk mencari redha dan cinta-Nya. Selamat tinggal blogspot dan selamat datang ke wordpress! Semalam saya telah mengambil keputusan untuk berpindah. Saja ingin mencuba sesuatu yang baru dan saya akui konfigurasi wordpress sedikit sukar berbanding dengan blogspot. Lebih mencabar dan canggih (bagi sayalah).Walaupun sedikit pening tapi mesti gagahkan diri Tini!

Bussaina

Kenapa saya namakan blog baru ini bussaina? Bussaina maksudnya cantik menarik. Penat cari nama ini tau. Saya amat berharap namanya akan benar-benar menggambarkan apa-apa yang ada di blog ini terutama entrinya. Semoga dengan penghijrahan kepada nama baru dan blog baru penulisan saya akan lebih ke arah perkara yang bermanfaat. Bukan hanya sekadar untuk digelak ketawa tanpa isi yang jelas dan berfaedah

Rehat

Seorang sahabat pernah berkata, ” Jangan kita mengadu letih dengan terlampau. Orang lain pun letih, malahan ada yang lebih letih berjuang untuk Islam dari kita. Jangan kita leka mahu berehat panjang dan lari dari gerak kerja Islam semata-mata kerana alasan letih dan penat. Masa kita berehat sepenuh masa kelak ialah masa kita sudah mati.” Sekarang, saya sedang melalui cuti yang panjang. Insya Allah selama dua bulan lebih sebelum bergelar pelajar universiti. Saya risau jika cuti yang panjang ini boleh membunuh. Tapi alhamdulillah, selepas sahaja sehari pulang ke rumah ada hamba Allah yang menghantar pesanan ringkas untuk memohon saya menghadiri satu perjumpaan bersempena dengan satu program di sekitar bandar Kuching. Gembiranya saya kerana setelah sekian lama merantau jauh ke  Labuan, balik sahaja ke Kuching boleh membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Teringat satu kata-kata yang saya lupa dari siapa, “Biar tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada”. Dan satu peringatan untuk diri, biar rasa penat dan letih melakukan kerja untuk Islam masa di dunia daripada menanggung rasa penat menanggung azab di akhirat lantaran kemalasan untuk bekerja untuk Islam. Seorang sahabat saya pernah berpesan, ” Jangan kita  berkerja untuk Islam bila ada masa lapang saja. Kita patut bekerja untuk Islam sepanjang masa kehidupan kita”. Moga Allah sentiasa beri keikhlasan hati dan bantu diri saya untuk istiqamah.

Masya Allah, terlama pula ‘dating’ dengan laptop. Hari ini insya Allah saya mahu buat kuih donat. Seringgit satu. Percubaan pertama dalam hidup membuat kuih donat. Terima kasih Umi sebab tolong ajarkan. Ada juga resepi baru dibelajar balik dari Labuan. Bukan sekadar menatap buku semata-mata tau masa di Matrikulasi Labuan, tapi sempat juga saya dan sahabat-sahabat menimba ilmu memasak dari pensyarah kami. Eh, rasanya merasa masakan lebih banyak. Hoho. Sambil merasa sambil belajar. Sama juga macam pepatah sambil menyelam minum air. Terlebih pula panjang menulis penutup. Sekian.

bussaina

May 2017
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031